PEMBUKAAN PERMOHONAN GERAN PENYELIDIKAN UiTM 2025 RESEARCH CHALLENGE 2023

Assalamualaikum W.B.T dan Salam Sejahtera

 

YBhg. Datuk/ Dato'/ Datin/ YBrs. Prof. Madya Dr./ Prof. Ts. Dr./ Prof. Dr./ Dr. / Tuan / Puan,

 

PEMBUKAAN PERMOHONAN GERAN PENYELIDIKAN UiTM 2025 RESEARCH CHALLENGE 2023

 

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

 

  1.   Sukacita dimaklumkan, Pusat Pengurusan Penyelidikan (RMC), di bawah Pejabat Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan & Inovasi) akan menawarkan inisiatif UiTM 2025 ResearchChallenge 2023. Di bawah inisiatif ini terdapat tiga (3) geran penyelidikan universiti yang terlibat dan butiran bagi geran tersebut adalah seperti berikut:

 

Bil.

Geran

Platform

Tempoh Pembukaan

Garis panduan

1.

Geran Penyelidikan MyRA (GPM)

Portal for Research and Innovation Management (PRIMe) https://prime.uitm.edu.my

02 Jun 2023 (Jumaat) sehingga 23 Jun 2023 (Jumaat)

 

GARIS PANDUAN GERAN PENYELIDIKAN MYRA PINDAAN 2023

2.

Geran Penyelidikan MyRA (GPM) Lepasan PhD

PRIMe https://prime.uitm.edu.my

3.

Geran Insentif Penyeliaan (GIP)

PRIMe https://prime.uitm.edu.my

 

GARIS PANDUAN GERAN INSENTIF PENYELIAAN GIP PINDAAN 2023 

 

  1.         Bersama-sama ini disertakan Garis Panduan Geran Penyelidikan untuk rujukan pihak YBhg. Prof/Dr/Tuan/Puan.

 

  1.       Penyelidik adalah dinasihatkan untuk memilih dan mengenalpasti Kementerian atau Agensi yang berkaitan dan menyatakan di bahagianExecutive Summary kertas cadangan sebagai pelaksana hasil kajian seperti tertera di dalam garis panduan.
  2.    Sebarang pertanyaan lanjut, pihak YBhg. Prof/Dr/Tuan/Puan boleh menghubungi sekretariat di talian berikut Encik Nawwar (03-55448255) atau Encik Harith (03-55448259). Para penyelidik adalah digalakkan untuk menyediakan kertas cadangan yang berkualiti tinggi dan memenuhi kriteria serta tema penyelidikan yang dipilih. 

Perhatian dan kerjasama pihak YBhg. Prof/Dr/Tuan/Puan berhubung perkara ini didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian.

 

Yang Benar, 

Unit Perolehan Geran 

Pejabat Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi)

Universiti Teknologi MARA

40450 Shah Alam, Selangor 

 

Contact Us

Research Management Centre (RMC)
Office of Deputy Vice-Chancellor (Research & Innovation)
Aras 3, Bangunan Wawasan
Universiti Teknologi MARA
40450 Shah Alam
Selangor Darul Ehsan
Malaysia

Email : rmcuitm@uitm.edu.my
Tel: +603-5543 7875  / 7877 / +603-5544 8255
Fax: +603-5544 2702

         

WEBSITE STATISTICS

Today
This Week
This Month
All days
1077
6021
8374
780310

13-05-2024

© COPYRIGHT UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA 2020

Disclaimer & Copyright | Privacy Statement | Dasar Keselamatan ICT