YBhg. Tan Sri/Datuk/Dato’/Prof./Dr.,

MAKLUMAN PEMBUKAAN PERMOHONAN DANA PENYELIDIKAN KEMENTERIAN PENDIDIKAN TINGGI (KPT) FASA 1/2018

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa permohonan Dana Penyelidikan Kementerian Pendidikan Tinggi (DP KPT) Fasa 1/2018 akan dibuka kepada penyelidik di Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) seperti jadual berikut:

BIL.

SKIM GERAN

TARIKH BUKA

TARIKH TUTUP

1.

Skim Geran Penyelidikan Pembangunan  Prototaip (PRGS)

15 Januari 2018

2 Februari 2018

2.

Skim Geran Penyelidikan Jangka Panjang (LRGS)

16 Februari 2018

3.

Skim Geran Penyelidikan Transdisiplinary (TRGS)

28 Februari 2018

4.

Skim Geran Penyelidikan Fundamental (FRGS)

5 Mac 2018

3. Pihak Kementerian akan memberi pertimbangan bagi permohonan Dana Peneylidikan KPT Fasa 1/2018 berdasarkan kriteria-kriteria berikut:

Penyelidik

  1. Permohonan dibuka kepada semua penyelidik yang memenuhi syarat;
  2. Ketua Projek/Ketua Program mestilah telah mengisi dan melengkapkan laporan prestasi projek-projek yang telah diluluskan pada fasa terdahulu dalam modul pemantauan Sistem MyGRANTS (kecuali RAGS 2012-2013, RACE, LRGS, NRGS);
  3. Penyelidik dibenarkan utuk memohon skim geran yang berbeza. Walau bagaimanapun, penyelidik hanya dibenarkan untuk mengemukakan satu (1) permohonan sahaja sebagai Ketua Projek/Ketua Program bagi setiap skim geran yang ingin dipohon bagi tahun 2018; dan
  4. Telah mengemaskini dan melengkapkan semua perkara (Maklumat Peribadi, Projek, Penerbitan, IP, Penyeliaan (Supervision), Pengajaran (Teaching), Perundingan (Consultation) dan Perkhidmatan Komuniti (Community Service)) di profil penyelidik dan disahkan oleh RMC dalam MyGRANTS. KPT berhak menolak permohonan sekiranya maklumat tidak dikemas kini atau tidak lengkap.

Permohonan Baharu

  1. Kertas cadangan projek penyelidikan perlu menepati kriteria penyelidikan, berkualiti dan mengikut Garis Panduan dan Tadbir Urus yang berkuat kuasa;
  2. Keutamaan penyelidikan KPT adalah seperti di Lampiran C; dan
  3. Jumlah peruntukan dan tempoh yang dipohon hendaklah menepati syarat seperti di jadual berikut:

BIL.

SKIM GERAN

SILING PERMOHONAN (RM)

TEMPOH PENYELIDIKAN

500,000.00

Tidak melebihi dua (2) tahun

3,000,000.00 setahun

Tiga (3) hingga lima (5) tahun

1,500,000.00

(peruntukan tahun pertama tidak melebihi 50% daripada peruntukan keseluruhan)

Tidak melebihi tiga (3) tahun

250,000.00

Tidak melebihi tiga (3) tahun

4. Pemohon perlu membuat permohonan Dana Penyelidikan KPT secara atas talian menggunakan sistem MyGRANTS melalui pautan https://mygrants.gov.my mulai 15 Januari 2018. Garis Panduan LRGS, PRGS, TRGS dan FRGS (Pindaan 2018) boleh dirujuk melalui portal MyGRANTS dan laman sesawang IRMI http://irmi.uitm.edu.my/

5. Pemohon adalah diingatkan untuk memastikan semua permohonan dihantar mengikut tempoh masa yang ditetapkan serta telah memenuhi semua syarat dan penilaian yang ditetapkan. Pihak IRMI berhak menolak mana-mana permohonan sekiranya mana-mana syarat tidak dipatuhi. Kerjasama dan perhatian YBhg. Tan Sri/Dato’/Datuk/Prof./Dr. berhubung perkara ini amatlah dihargai.

6. Untuk maklumat lanjut mengenai permohonan boleh menghubungi pihak sekretariat di talian berikut:

Sekretariat

Jawatankuasa Kecil Pembangunan Penyelidikan (JKPaP)
Institut Pengurusan Penyelidikan dan Inovasi (IRMI
Aras 3, Bangunan Wawasan
Universiti Teknologi MARA
40450 Shah Alam, Selangor
No. Tel : 03-5544 8281/8252/8255/8254
No. Fax : 03-5544 8280

Garis Panduan